TAJUK UTAMA SKGJI

Rabu, 30 September 2009

Ops Sikap: Kemalangan maut di Perak menurun

IPOH: Walaupun jumlah kematian dalam kemalangan jalanraya sepanjang Ops Sikap ke-20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat nasional meningkat tetapi di Perak kes kemalangan maut adalah berkurangan, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata jumlah kematian yang dicatatkan dalam tempoh itu ialah 29 orang berbanding 36 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 19.4 peratus.

Bagaimanapun penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan angka korban tertinggi iaitu 15 orang, pemandu dan penumpang kereta (8 kes kematian), pemandu dan kelindan lori (2), penunggang basikal (2) pejalan kaki (2), manakala tiada kes kematian dikalangan pemandu dan penumpang bas.

Beliau memberitahu pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hadi Ho Abdullah kepada Datuk Zakaria Yusof di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sumber-MyMetro Online


0 ulasan:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP