TAJUK UTAMA SKGJI

Khamis, 30 April 2009

SK Gopeng Jalan Ilmu















LOKASI


Sk Gopeng Jalan Ilmu ini terletak di Kopisan Baru berhampiran dengan Pekan Gopeng, iaitu sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 20 km dari Bandaraya Ipoh. Sekolah ini dihubungi oleh dua utama iaitu Jalanraya Persekutuan dan melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).


SEJARAH


Menurut maklumat yang telah diperolehi, sekolah ini telah diasaskan pada 9 April 1906 yang mana ketika itu bangunan sekolah ini merupakan rumah tumpangan yang disewakan. Walaubagaimanapun, sekolah ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1925. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 3.289 ekar persegi dan keluasan bangunan pula ialah 15390 kaki persegi. Sekolah ini juga telah dikenali dengan nama- nama yang berbeza sebelum dikenali sebagai Sk Gopeng Jalan Ilmu. Antara nama- nama tersebut adalah Methodist English School Gopeng (1908- 1924), Government English School Gopeng (1925-1960), Sek. Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gopeng (1961-1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Gopeng (1970) sehinggalah ditukarkan namanya kepada Sk Gopeng Jalan Ilmu.


STATUS SEKOLAH


Sekolah ini berstatus sekolah luar Bandar Gred A. Secara umumnya, sekolah ini mempunyai 3 blok dan bangunan lama setingkat iaitu sebuah blok pentadbiran dan dua buah blok bilik darjah.


KEMUDAHAN


Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air paip bersih serta bekalan elektrik. Selain daripada itu, sekolah ini juga baru sahaja menerima sebuah bilik pemulihan khas yang telah dinaik taraf. Selain daripada itu, sekolah ini juga telah dilengkapi dengan sebuah makmal komputer yang lengkap.


0 ulasan:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP